shisa ?? mcm pernah dengar ?? ohh .. benda yang dihisap seperti rokok tu .. shisa yang memang terkenal di negara Arab kini memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat dimana-mana negara pun bahkan di malaysia .. terlalu ramai yang menyangka bahwa shisa ni tak bahaya seprti merokok,sebenarnya individu yang menghisap shisa adalah lebih berisiko mendapat penyakit otak atu ketidakfungsiaan otak akibat daripada menghisap shisa.
penghasilan asap karbon monoksida jauh lebih banyak berbanding penghasilan asap tersebut daripada rokok .. bagi shisa penghasilan asap karbon monoksida adalah empat kali lebih banyak dari rokok melalui satu penghisapan saja dan ini telah pun dibuat kajian .. bagi penghisap shisa,mereka telah memasukan sebanyak 40-70 ppm Co kedalam nafas mereka dan telah menpengaruhi sebanyak 8-12% darah dalam badan mereka .. banyak bukan ?? pemikiran masyarakat yang masih lagi menganggap shisa bukan lah rokok haruslah diubah kerana pemikiran sebeginilah yang boleh mengakibatkan berkembangnya masalah perokok tegar dikalangan remaja juga,ini kerana shisa juga menarik minat ramai remaja untuk mencuba olehsebab pemikiran masyarakat yang masih lagi tidak diubah tentang anggapan mereka terhadap shisa .. melaui shisa juga telah mendidik masyarakat untuk mencuba rokok pula .. masalah sebegini boleh mendatangkan banyak penyakit seperi kanser paru-paru dan sebagainya ..
oleh itu kita haruslah mendidik diri kita supaya tidak cuba melakukan pekara yang boleh membahayakan diri kita atau terus melakukannya kerana pencegahan dari awal adalah lebih baik daripada penyesalan dikemudian hari ..




No comments:
Post a Comment